Jumaat, Januari 14, 2011

Selamat Berijtima'

Salam dari Bumi Kinanah,

Lama tidak menulis di sini. Walaupun setiap hari mencatat dalam ruangan lain. Mencatat setiap yang disampaikan oleh para ulama’ itu penting. Menguji dan mengukuhkan ingatan selain sebagai rujukan akan datang.
 
Poster ini saya dapatkan melalui laman ‘facebook’. Jazakumullah buat Ustaz Azizul Hisham, Setiausaha Urusan Ulama’ PAS Kawasan Dungun. Selamat Berijtima’ saya ucapkan buat seluruh pendokong Parti Islam Semalaysia (PAS), khusus buat Jawatankuasa Urusan Ulama’ PAS Kawasan Dungun.

Saya menghadiri Mesyuarat Agung tahun lalu. Kali pertama mengenali Ustaz Nik Nasri di sini. Hadir untuk mencuri input-input penting yang sangat berharga. Tazkirah buat diri. Persediaan sebelum balik berkhidmat untuk umat Sayyidina Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Agak segan dengan kepimpinan di barisan hadapan bila saya bangun berbicara di hadapan mereka. Ilmu dan pengalaman merek perlu dihormati.

Kepimpinan ulama’ perlu untuk terus dipertahankan. Persetankan usaha untuk memburukkan ulama’ dengan pelbagai cara dan taktik yang tidak bermoral.

            Tanggungjawab mereka di sana. Teruskan berjuang untuk memperkenalkan Islam kepada umat Sayyidina Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Penuntut ilmu di sini jangan sesekali terleka. Kutiplah ilmu semampu mungkin. Niatkanlah kerana Allah Taala, moga dilorongkan ke jalan yang diredhaiNya.

            Saya bercadang untuk pulang penghujung Safar ini. Beberapa hari sebelum masuknya Rabi’ulawal. Hari kelahiran Peribadi Agung, Al-Musthafa Sollallahu’alaihiwasallam. 

Masyarakat perlu diperkenalkan kepada Al-Habib Sollallahu’alaihiwasallam. Qudwah hasanah yang seperti hilang dalam minda umat Islam.  Seperti hilang, bukan bermakna Baginda Sollallahu’alaihiwasallam sudah ghaib dari fikiran mereka. Tersembunyi. Cuma, perlu ada usaha untuk mengembalikan ingatan mereka. 

Lupa itu ubatnya tazkirah. Jahil pula perlukan ilmu untuk merawatnya. Mungkin tidak ada usaha yang lebih bersungguh bagi memperkenalkan Peribadi Agung Sollallahu’alaihiwasallam ini. Saya cuba menyalahkan diri sendiri. Tanggungjawab siapa lagi? Kamu!

Tazkiyah dan tarbiyah…..

Sedih apabila melihat masyarakat yang seperti sudah hilang adabnya dengan para ulama. Sepertinya sudah hilang. Me’langgar’ para ulama’ sesuka hati. Tanpa akhlak yang memandu diri. Sangat bodoh mencari populariti atas jalan memburukkan para ulama’. Kerja gila!


Ingatan buat diri sebelum berakhir. Penuntut ilmu perlu hiaskan diri dengan akhlak tinggalan Al-Habib Sollallahu’alaihiwasallam. Berusahalah menelan keperitan bagi mengamalkan warisan berharga milik Al-Musthafa Sollallahu’alaihiwasallam. Pedulikan sekeliling yang merasa pelik melihat perubahan kita sekiranya perubahan itu ke arah yang lebih baik. 

Semoga Allah Taala kurniakan keikhlasan. Inti yang sangat berharga. Kehilangannya seumpama jasad tanpa roh. Mati, sekalipun mata zahir memandangnya hidup. 

Mudah-mudahan terus istiqamah….. 

Tidak sabar untuk mendapatkannya...

0 comments: