Hilangkan Mengantuk 3 Syawal
Setakat ini, tiada perkongsian penting untuk Aidilfitri kali ini. Sambil-sambil mendengar rakaman khutbah Sy Ahmad Badruddin Hassoun, rasa ingin masukkan gambar keluarga yang diambil di Kampung Chemuak, Hulu Dungun. Macam tiada kerja sangat:)
Kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, maaf atas segala salah silap buat semua. (walaupun agak lewat)
Salam Aidilfitri dan jutaan kemaafan atas segala kesilapan khas buat keluarga di Malaysia. Semoga Allah Taala kurniakan istiqamah kepada kita untuk terus mengamalkan segala amal baik dalam keluarga ketika masyarakat semakin hari semakin malu dan menjauhkan diri dengan amal kebaikan. Hati-hati dengan perubahan suasana sekeliling. Jangan mudah terikut dan terpengaruh. Meninggalkan amalan baik yang telah lama diamalkan untuk mengikut yang kurang baik adalah merugikan. Selama mana termampu, amallah yang terbaik selagi tidak bertentangan dengan syariat. Semoga Allah Taala merahmati kita semua….


0 comments:
Catat Ulasan