Beberapa hari kebelakangan ini, saya cuba untuk menyusun jadual perjalanan harian dengan sebaiknya. Masa yang agak sempit. Tidak mampu untuk tunaikan banyak permintaan dari ramai orang. Jutaan kemaafan saya pohon dari semua.
Mesyuarat dan beberapa program memenuhkan jadual saya untuk dua minggu yang telah berlalu. Malam tadi baru sahaja selesai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Sesi 2009/2010. Program berlangsung selama dua hari di Asrama Darul Iman. Dalam ketidaksempatan masa ini, saya cuba untuk mengisi ruang dalam blog ini. Abang dan kakak saya pernah bertanya sebab blog ini tidak dikemaskini. Insyaallah, ada ruang saya cubalah untuk mengisinya.
Seminggu ini, beberapa kali menghadiri pertemuan bersama pelajar perubatan. Khamis lepas, saya bersama pelajar perubatan Sayyidah Zainab selepas seharian seluruh AJKT dan HEWI menghadiri Program Pembentangan Etika PMRAM. Jumaat menghadiri progam bersama pelajar perubatan Terengganu di Mansurah. Berkejar balik dari Mansurah jam 11 malamnya untuk menghadiri Simposium Nuqaba' pada awal pagi keesokannya. Badan saya letih. Semasa menghadiri simposium pada pagi itu, saya mengambil keputusan untuk keluar sebentar selepas tamat majlis perasmian untuk berada dalam majlis pengajian Shahih Bukhari bersama Syeikhuna Murabbi Dr Yusri Rusydi Hafizohullah. Berehat seketika. Kata Dr Yusri Rusydi semasa Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM yang lalu; " Apa pendapat kamu dengan mazhab ini ( rehatkan diri dengan mendengar hadis Baginda Sollallahu'alaihiwasallam)?".
Cadangnya, ingin berehat pada Ahad yang lalu. Baru sahaja membuka kitab, saya terima panggilan telefon untuk membawa pelajar perubatan baru tahun satu yang sampai dari Tanta ke ARMA. Rasanya, selepas memegang jawatan baru ini, Isnin lepas adalah hari yang paling banyak saya mampu meluangkan masa membaca kitab. Segala puji bagi Allah. Selasa keesokannya, selepas Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah, saya terus menuju Tanta untuk bertemu pelajar perubatan di sana. Selepas pertemuan kurang sejam, saya berkejar balik ke Kaherah untuk menghadiri mesyuarat AJKT pada malamnya.
Malam ini ada sedikit perbincangan selepas Isyak dengan pelajar perubatan Sayyidah. Hari ini juga tarikh akad nikah salah seorang dari kawan saya di sini. Harapnya, dapat berkongsi ilmu dengan baik malam ini sekadar termampu. Tidak sempat untuk merujuk banyak kitab. Esok selepas kelas Syeikh Yusri Rusydi, - insyaallah- , saya akan bertolak ke Iskandariah. Sudah lama saya berjanji dengan adik-adik perubatan di sana untuk menziarahi mereka. Sekiranya diizinkan Allah, esok dan lusa saya akan berada di sana. Isnin kena siapkan urusan kuliah. Selasa mesyuarat AJKT dan HEWI kali kedua.
Pagi ini, saya hanya mampu menjadi pendengar terhadap masalah yang dihadapi oleh junior sekolah dahulu (perempuan) di kolejnya. Menghadapi tekanan dengan ketegasan untuk mempertahankan auratnya. Kolejnya tidak membenarkan pemakaian baju lengan panjang. Sudah beberapa kali dipanggil untuk memberi penjelasan. Saya kagum dengannya. Masih mampu bertahan dalam suasana sebegitu. Semoga Allah Taala merahmati dan memberkatinya. Semoga terus istiqamah dan thabat.
Setakat pagi ini, Allah Taala masih memberi kesempatan untuk mengecapi nikmat di dunia ini. Entah, setakat mana rasa syukur telah dizahirkan kepadaNya. Semasa pembentangan Etika Hisbah dan Bait Muslim KPT dalam program KPO semalam, saya terfikir; adakah penghujung kehidupan sudah hampir kepada saya? Peringatan pertama dari Allah hadir beberapa tahun yang lalu. Kali ini hadir peringatan kedua dariNya. Tidak perlu untuk diterangkan bentuk peringatan itu. Bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan selepas ini. Doakan untuk saya ; Husnul Khatimah.

0 comments:
Catat Ulasan