Sabtu, Julai 27, 2013

Perbanyakkan Istighafar

Dari jauh mendengar khabar Mesir. Bumi barakah yang -insyaallah- akan sentiasa berada di bawah jagaan Allah Taala.

Bila kita sudah berada di Malaysia, ramai minta saya mengulasnya. Saya  banyak menolak. Tidak tahu cara terbaik untuk membuat ulasan tentangnya. Saya punya jalan tersendiri menghadapi saat fitnah yang merupakan ujian Allah Taala buat si zalim juga pencinta keadilan.

Ada sahabat yang seperti memaksa saya mengikut cara dan jalan mereka mengulas isu ini. Menghentam, menyalahkan, menyindir, memasukkan orang-orang tertentu dengan label-label menarik dan banyak lagi. Maaf, saya menolak cara itu.

Selamanya, saya pasti cintakan keadilan. Rindukan saat Islam benar-benar didaulatkan. Allah Taala pasti merealisasikan matlamat murni itu  tika wujudnya generasi yang mampu memikul amanah mulia itu

Saat ini, memilih untuk perbanyakkan istighfar. Pastinya, banyak langkah silap yang telah dilakukan selama ini juga hari ini. 


Hari Badar, belajarlah dua perkara. Antara jihad di medan perang di samping jihad melawan nafsu dalam diri.

Saya lemah kedua-duanya. Sahabat-sahabat para pejuang, saya kagum dengan kalian. Istiqamah membicarakan soal keadilan. Saya doakan mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kalian semua...

* menjauhkan diri dari laman FB seketika. Bimbang hati yang penuh dengan dosa ini tidak mampu dikawal dengan baik..

Isnin, Januari 17, 2011

Mencari Makna ‘Khasyah’


Janji Allah Taala; sesekali tidak akan membiarkan sesiapa sahaja dalam kalangan hambaNya mengaku beriman tanpa menerima ujian terlebih dahulu dariNya. Setiap manusia pasti akan melalui peringkat ujian yang pelbagai sebelum diangkat darjatnya oleh Allah Taala.

            Maha Mulia Allah Taala. Pelbagai dosa yang dilakukan oleh hambaNya disembunyikan dari pengetahuan hamba-hambaNya yang lain. Ruang taubat dibuka seluas-luasnya. Ketika Allah Taala menguji dengan maksiat di hadapan mata, keimanan dan rasa muraqabah yang tinggi sangat diperlukan. Nafsu ammarah pula terus memaksa supaya diri tunduk kepadanya. Mengajak manusia terjun ke lembah kemurkaan Ilahi.

            ‘Title’ sebagai penuntut ilmu ini bukan semata-mata kemuliaan. Di sebaliknya ada taklifan dan ujian. Sedang berada di medan ujian Ilahi. Melepasinya adalah satu kejayaan hakiki. Allah Taala sedang menemuduga  bakal-bakal pendakwah ke jalan yang diredhaiNya. Layak diterima ataupun sebaliknya. 

            Membelek lembaran-lembaran amal terdahulu. Astaghfirullah, pelbagai kegelinciran telah berlaku. Tidak berada atas landasan yang ditetapkan oleh Allah Taala buat hambaNya. Lafaz istighfar itu; semata-mata dari lidah ataupun benar-benar dari hati?

            Lembaran baru. Bersediakah? Bagaimana azam dan keikhlasan di hati untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Sesat orang yang diberi ilmu pasti lebih teruk dari yang tidak diberi ilmu
.
Allah Taala mencipta manusia dan memerintahkan hambaNya supaya menyucikan diri. Allah Taala menjadikan penyuciaan jiwa sebagai satu perkara yang sangat agung. Allah Taala bersumpah mengenainya dengan ciptaan-ciptaannya dan tanda-tanda kekuasaanNya yang agung .

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10) [Surah As-Syams]

Petunjuk Ilahi kepada pentingnya tazkiyah. Oleh sebab itu, para ulama’ murabbi sepanjang zaman sentiasa memperingatkan manusia dengan kewajipan melawan hawa nafsu dan membersihkan diri dari kotorannya.  

“ Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), (14) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (15)” [Surah Al-'Aa'la]

“ Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah [Khasyah] dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (28)” [Surah Fathir]

            Saya sedang mencari hakikat kejayaan itu. Mencari rahsia ‘khasyah’. Seperti mahu memberitahu semua, tidak ada guna segala yang dihafal di dada tanpanya. Mahu hidupkan jasad ilmu ini dengan roh ‘khasyah’. Membina makna muraqabah. Cita-citanya semata-mata untuk mengejar ‘perakuan’ dari Pemilik Alam Ini. Keredhaan dariNya adalah segala-galanya.

Pertanyaan untuk diri sendiri: bagaimana niat dan azam di hati? Sekadar peringatan buat diri:

كفاني ظهورا بمظاهر التديُّن ... وواقع ممارساتي مختلف تماما

Imtihan Ilahi ini berat untuk ditempuhi. Ya Rahman, permudahkanlah buat hambaMu yang lemah ini.

قال سيدنا عمر بن الخطاب: إن الذين يشتهون المعصية ولا يعملون بها أولئك الذين امتحن الله قلوبهم للتقوى لهم مغفرة وأجر عظيم

Jumaat, Januari 14, 2011

Selamat Berijtima'

Salam dari Bumi Kinanah,

Lama tidak menulis di sini. Walaupun setiap hari mencatat dalam ruangan lain. Mencatat setiap yang disampaikan oleh para ulama’ itu penting. Menguji dan mengukuhkan ingatan selain sebagai rujukan akan datang.
 
Poster ini saya dapatkan melalui laman ‘facebook’. Jazakumullah buat Ustaz Azizul Hisham, Setiausaha Urusan Ulama’ PAS Kawasan Dungun. Selamat Berijtima’ saya ucapkan buat seluruh pendokong Parti Islam Semalaysia (PAS), khusus buat Jawatankuasa Urusan Ulama’ PAS Kawasan Dungun.

Saya menghadiri Mesyuarat Agung tahun lalu. Kali pertama mengenali Ustaz Nik Nasri di sini. Hadir untuk mencuri input-input penting yang sangat berharga. Tazkirah buat diri. Persediaan sebelum balik berkhidmat untuk umat Sayyidina Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Agak segan dengan kepimpinan di barisan hadapan bila saya bangun berbicara di hadapan mereka. Ilmu dan pengalaman merek perlu dihormati.

Kepimpinan ulama’ perlu untuk terus dipertahankan. Persetankan usaha untuk memburukkan ulama’ dengan pelbagai cara dan taktik yang tidak bermoral.

            Tanggungjawab mereka di sana. Teruskan berjuang untuk memperkenalkan Islam kepada umat Sayyidina Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam. Penuntut ilmu di sini jangan sesekali terleka. Kutiplah ilmu semampu mungkin. Niatkanlah kerana Allah Taala, moga dilorongkan ke jalan yang diredhaiNya.

            Saya bercadang untuk pulang penghujung Safar ini. Beberapa hari sebelum masuknya Rabi’ulawal. Hari kelahiran Peribadi Agung, Al-Musthafa Sollallahu’alaihiwasallam. 

Masyarakat perlu diperkenalkan kepada Al-Habib Sollallahu’alaihiwasallam. Qudwah hasanah yang seperti hilang dalam minda umat Islam.  Seperti hilang, bukan bermakna Baginda Sollallahu’alaihiwasallam sudah ghaib dari fikiran mereka. Tersembunyi. Cuma, perlu ada usaha untuk mengembalikan ingatan mereka. 

Lupa itu ubatnya tazkirah. Jahil pula perlukan ilmu untuk merawatnya. Mungkin tidak ada usaha yang lebih bersungguh bagi memperkenalkan Peribadi Agung Sollallahu’alaihiwasallam ini. Saya cuba menyalahkan diri sendiri. Tanggungjawab siapa lagi? Kamu!

Tazkiyah dan tarbiyah…..

Sedih apabila melihat masyarakat yang seperti sudah hilang adabnya dengan para ulama. Sepertinya sudah hilang. Me’langgar’ para ulama’ sesuka hati. Tanpa akhlak yang memandu diri. Sangat bodoh mencari populariti atas jalan memburukkan para ulama’. Kerja gila!


Ingatan buat diri sebelum berakhir. Penuntut ilmu perlu hiaskan diri dengan akhlak tinggalan Al-Habib Sollallahu’alaihiwasallam. Berusahalah menelan keperitan bagi mengamalkan warisan berharga milik Al-Musthafa Sollallahu’alaihiwasallam. Pedulikan sekeliling yang merasa pelik melihat perubahan kita sekiranya perubahan itu ke arah yang lebih baik. 

Semoga Allah Taala kurniakan keikhlasan. Inti yang sangat berharga. Kehilangannya seumpama jasad tanpa roh. Mati, sekalipun mata zahir memandangnya hidup. 

Mudah-mudahan terus istiqamah….. 

Tidak sabar untuk mendapatkannya...

Ahad, Disember 19, 2010

Menuju Syurga Yang Kekal Abadi

انتقل إلى رحمة الله تعالى سماحة الشيخ العلامة الدكتور نوح علي سلمان القضاة المفتي العام السابق للمملكة الأردنية الهاشمية، الذي وافته المنية صباح اليوم الأحد الموافق 19/12/2010م، وسيشيع جثمانه الطاهر بعد صلاة عصر اليوم الأحد من مسجد رأس منيف في مدينة عجلون.
 إنا لله وإنا إليه راجعون، اللهم آجرنا في مصيبتنا واخلفنا خيرا منها

انتقل إلى رحمة الله تعالى الدكتور حسن ضياء الدين العتر رحمه الله (وهو ابن أخت العلامة الرباني الشيخ عبد الله سراج الدين وأخ شقيق للعلامة المحدث نور الدين عتر) الذي وافته المنية اليوم الأحد الموافق 19/12/2010م في المدينة المنورة وسيدفن في البقيع